Walaupun filem ini diklasifikasikan sebagai 18PL yang tidak membolehkan ianya ditonton oleh semua peringkat umur, nampaknya filem garaban Syafiq Yusof ini mendapat tempat di hati orang dewasa seluruh Malaysia.
Syafiq Yusof menyatakan yang dia amat gembira dengan berita tersebut dan percaya kontroversi yang berlaku sebelum ini mempunyai hikmah disebaliknya.
“Saya bersyukur dengan kutipan yang diperoleh menerusi filem ini walaupun pengklasifikasian yang dibuat oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) tersebut disifatkan tidak relevan dan melampau. Apa pun, saya berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa menyokong karya saya dan berjanji akan terus berbakti kepada industri dengan menghasilkan filem-filem berkualiti”
Apapun pada kami kekuatan utama filem ini tentulah Zizan Razak sebagai pelakon utama itu sendiri tetapi tak dinafikan ‘efforts’ yang dicurahkan Syafik dan seluruh krew produksi untuk filem ini bukan kepalang. Ianya satu filem tempatan yang menarik untuk ditonton seisi keluarga.
0 Response to "Filem Abang Long Fadil Kutip Rm2 Juta Dalam Masa 5 Hari "
Post a Comment