Awal Ashaari & Scha Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal menimang cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu telah disahkan oleh Awal sendiri dan disiarkan secara eksklusif oleh Hlive pada Jumaat.

Menurut pasangan ini, mereka amat tertarik denan nama-nama klasik dan sudahpun mempunyai beberapa senarai nama bagi anak perempuan yang bakal dilahirkan nanti.

“Kami suka dengan nama-nama yang lebih klasik… Sebenarnya kami juga dah fikirkan sebelum ini, kalau bayi perempuan kami akan berikan nama-nama seperti Zara, Cempaka atau mungkin juga Melur,” kata Scha seperti yang dilapor oleh Hlive.

Selain itu, Awal memberitahu mereka masih lagi berbincang untuk memilih tempoh berpantang dan akui berasa sedikit risau memandangkan isteri kesayangannya terpaksa melalui tempoh tersebut ketika perayaan Aidilfitri nanti.

“Saya cadangkan Scha berpantang selama 100 hari namun semuanya terpulang pada dia dan keselesaan dia… Lagipun Scha akan berpantang semasa raya nanti.

“Saya pun tak pasti jika dia bioleh elak godaan ketupat dan rendang serta minuman bergas ketika Aidilfitri nanti,” ujarnya ketawa.

Dalam pada itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berhasrat untuk terus berada dalam industri hiburan walaupun sudah bergelar ibu selepas ini.

“Sejak dari dulu lagi Scha memang teringin untuk menjadi wanita bekerjaya yang juga merupakan seorang ibu… Jadi sekarang saya ingin melihat diri saya sebagai seorang isteri yang mampu dan boleh menjalankan banyak tanggungjawab pada masa yang sama.” jelasnya.

Kandungan Scha kini berusia lapan bulan dan dijangka akan bersalin lebih awal daripada biasa.

Terdahulu, pasangan romantis Awal dan Scha ini telah bernikah pada 4 Mei 2012 bertempat Hotel Pullman, Putrajaya.-HMLIVE

0 Response to "Awal Ashaari & Scha Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan"

Post a Comment