'Zaman Koboi Sudah Berakhir' Artikel 88 FAM Dipinda


Kuantan: "Kita bukan lagi berada di zaman `koboi' dengan keputusan dibuat sesuka hati dan tidak perlu berbincang,” demikian kata bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir semalam. 

Kenyataannya itu merujuk janji terbaru Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu memansuhkan peraturan Artikel 88 sekiranya terpilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk itu, Ahad ini. 

Menurutnya, semua orang boleh menabur janji manis hanya semata-mata ingin menarik perhatian individu lain, tetapi persoalannya adakah perkara yang diutarakan itu sesuai atau sebaliknya.

“Dalam kes ini saya melihat janji Tunku Ismail itu tidak lebih sebagai usaha meraih sokongan ahli gabungan untuk mengundinya memenangi jawatan Presiden FAM. Usaha yang dilakukan itu baik tetapi tidak sesuai dijadikan modal mengamit perhatian perwakilan.

0 Response to "'Zaman Koboi Sudah Berakhir' Artikel 88 FAM Dipinda"

Post a Comment