Penangan tendangan terbang si dara

Gambar sekadar hiasan

Gombak: Si dara perkasa. Itulah gelaran harus diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya.

SUSPEK berusia 27 tahun ditahan orang ramai selepas cuba meragut seorang wanita di Taman Prima Gombak, semalam.


“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal.  Penangan tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya.


0 Response to "Penangan tendangan terbang si dara "

Post a Comment