Lisdawati saya sudah maafkan Sharnaaz Ahmad


Bagi pelakon yang sedang sarat mengandung iaitu Lisdawati, mengatakan bahawa segala-galanya sudah berakhir dan beliau enggan ambil pusing kata-kata atau komen balas daripada pihak satu lagi kerana ia memanjang dan memburukkan lagi keadaan .

Lisdawati, yang kini telah memasuki fasa terakhir kandungan iaitu hampir sembilan bulan, memilih untuk menenangkan diri bagi menyambut kelahiran bayi baharu tidak lama lagi.

"Semua yang berlaku biarkan berlalu, saya tidak mahu ingat apa-apa lagi," katanya ketika ditemui HIP pada majlis pelancaran program hiburan hlive! di ibu kota, kelmarin.

Sebelum ini Sharnaaz turut menyatakan bahawa beliau ingin menyaman Lisdawati dan suaminya berkenaan kes tersebut .


0 Response to "Lisdawati saya sudah maafkan Sharnaaz Ahmad"

Post a Comment