Kini Bahagia Bermadu Isteri-isteri Ashraf Muslim


Suatu ketika  dahulu amat kecoh apabila pelakon yang juga pengamal perubatan tradisional Ashraf Muslim berkahwin buat kali kedua.

Biar pun ramai yang memandang serong terhadap Ashraf dan isteri keduanya Wan Sakinah ketika itu, namun kedua-dua individu ini kuat mengharungi segala tohmahan.

Ashraf Muslim kini telah membuktikan dia bahagia bersama isteri-isterinya dan seorang anak mereka, malah kedua-dua isterinya itu menunjukkan keterbukaan menerima poligami.

Bukan semua para isteri mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi saat-saat ketika suami berkahwin secara senyap dengan wanita lain.

Berbeza dengan Dayana Lokman, isteri pertama Ashraf yang berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan di luar dugaan.

Baru-baru ini, wanita bergelar doktor itu telah memuatnaik satu status terbaru di laman Instagram miliknya yang kedengaran sayu meminta peminat agar mendoakan dia dan madunya, Wan Sakinah boleh menjadi isteri-isteri yang solehah dan kekal bersatu.

Status yang ditulis Dayana berbunyi: 

YA ALLAH..SATUKANLAH HATI KAMI.. JADIKANLAH KAMI ISTERI SOLEHAH YG TERBAIK BUAT SUAMI KAMI..JADIKANLAH KAMI IBU YG TERBAIK BUAT SARAH ASHRAF..JADIKANLAH KAMI ANAK YG TERBAIK BUAT IBU DAN AYAH KAMI..BERILAH KAMI KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT..AAMIIN."

Menerusi status Dayana jelas menunjukkan bahawa perkongsian hidup dengan Wan Sakinah semakin bahagia dari hari ke hari. Malah kehadiran bayi kecil bernama Sarah Ashraf yang baru berusia kira-kira dua bulan mengeratkan lagi hubungan dua wanita ini.

Semoga keluarga bahagia ini  sentiasa dilindungi Allah SWT hendaknya. Setidak-tidaknya boleh menjadi contoh kepada umum diluar sana terutama sekali buat lelaki-lelaki yang ingin berpoligami.

0 Response to "Kini Bahagia Bermadu Isteri-isteri Ashraf Muslim"

Post a Comment