TEHRAN - IRAN. Hampir 1,000 penduduk Iran mengadakan bantahan mendesak kerajaan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan wajib bertudung di khalayak ramai yang mana dilihat mampu untuk mengelakkan perkara berunsur maksiat.
Memetik laporan Arab News, Jumaat lalu, penunjuk perasaan terdiri daripada lelaki dan wanita membantah dengan membawa sepanduk sambil melaungkan pihak berkuasa perlu menghentikan penyebaran maksiat dan menguatkuasakan pemakaian hijab.
Sebelum ini, wanita tidak memakai tudung akan dikenakan denda, notis atau pun ditahan kerana dianggap ingkar dengan peraturan ditetapkan.-Agensi
0 Response to "Kerajaan Kuat Kuasa Pemakaian Hijab"
Post a Comment