Agak mengejutkan dari laporan sebuah akhbar tempatan. Pelakon, Izreen Azminda diceraikan suaminya, Muhammad Riza ketika lokasi penggambaran di Pulau Pinang beberapa hari yang lalu.
Perceraian itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.
“Ya, kami sudah tiada apa apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini,” ujar Izreen Azminda apabila diminta mengulas tentang berita ini.
0 Response to "Izreen Azminda Diceraikan Di lokasi Penggambaran Selepas Bertengkar"
Post a Comment