Buku Pertama Mendakwa MH370 Ditembak Tentera



SYDNEY – AUSTRALIA. – Buku pertama yang berjaya diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu yang begitu tidak pasti tentang teori yang sentiasa ada dalam menarik masyarakat dunia untuk membaca.

“…pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian tetapi jika dilihat dari sudut lain adakah salah Malaysia mana mungkin sebuah pesawat hanya bergantung terhadap perisian tanpa ada sebuah keselamatan pesawat yang lain.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini, jika dilihat pada banyaknya teori pada hari ini semua itu hanya sebuah kemungkinan yang tidak ada kepastian dan hanya bertujuan untuk menarik hati pembaca .

Related Posts :

0 Response to "Buku Pertama Mendakwa MH370 Ditembak Tentera"

Post a Comment